Sunday, February 20, 2011

Mengorak Langkah...

Mengapa perjuangan itu pahit??
Kerana syurga itu manis..

Untuk mendapat sesuatau kemanisan, keselesaan dan keindahan
perlunya melalui segala onak dan liku-liku yang sangat mencabar dan sukar.. 

Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan,
biarlah kita merasakn kecewa, menangis, terluka sekarang...
kerana Allah akan menyediakan sesuatu yang indah dan baik buat kita..

Setiap langkah kaki..setiap titis peluh yang menitis dalam perjuangan
akan mendapat ganjaran daripada Allah
janganlah disebabkan onak dan liku yang sukar kita berhenti mengorak langkah 

Ya Allah, Ya Tuhanku,
tetapkanlah hatiku dalam jalan perjuangan menuju cintaMu..



Sunday, February 6, 2011

Yakin pada Allah

Pagi Ahad, 6 Februari 2011 bersamaan dengan 3 Rabiulawal 1432H..
Hari ini tangan ku ringan untuk menaip sebagai perkongsian ilmu bersama.

Cuba kita lihat manusia pada zaman sekarang. Terlalu mempercayai benda-benda yang karut, kurafat dan boleh membawa kepada syirik.
Apa sebabnya??Apa puncanya??
Semua ny sebab kekurangan ilmu..Kurang penghayatan Islam..dan..Tiada keyakinan kepada Allah..

Sebagai muslim kita mesti meletakkan keyakinan 100% kepada Allah..Yakin setiap yang Allah berikan ada hikmah tertentu. Jangan mudah putus asa terhadap rahmat Allah..

Yakin terhadap rezeki yang Allah beri..
Yakin terhadap jodoh yang Allah tentukan..
Yakin bahawa setiap manusia itu akan mati..

Yakinlah kepada tuhan
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
Kerana itulah fitrahnya
Jangan cepat mengalah dan putus asa..